Harapan untuk melihat krisis di antara Rusia-Ukraine semakin pudar apabila pihak berkuasa di dua wilayah timur Ukraine memaklumkan serangan lebih ganas dan pertempuran amat sengit dengan tentera Rusia.<br /><br />Gabenor Wilayah Utara Kharkiv, Oleg Sinegubov, berkata Kyiv merampas semula tiga perkampungan berhampiran sempadan Rusia selepas pertempuran sengit.
